Saturday, October 17, 2009

Aku,Kau Berbeza...... Aku, Kau Istimewa....

Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya..
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki tang belum baligh..
Beratkan??
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. Beratkan?
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isrei tanpa izinnya.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (sekadar kajian).
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu, kena jadi perempuan. Bagitulah kira-kiranya.
Wanita
  • Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Saksinya kurang berbanding lelaki.
  • Menerima pusaka kurang daripada lelaki.
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tiada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripadanya bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki perlu menggunakan harta pusakanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di muka bumi ini dan matinya jika kerana malahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun Allah (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita:

  1. Ibunya
  2. Ayahnya
  3. Anak lelakinya
  4. Saudara lelakinya

Seoarang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja:

  1. Sembahyang lima waktu
  2. Puasa di bulan Ramadhan
  3. Mentaati suami
  4. Menjaga kehormatannya

Seoarang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya-Allah! Sayangnya Allah pada wanita...

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa disisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu Dia mengangkat kamu menjadi pemimpin. Dengan keistimewaan itu, HARGAILAH dan JAGALAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah SWT dalam keadaan istimewa di sisi Nya..

SELAMAT MEMBACA..

0 comments: