Saturday, October 17, 2009

University Life...

New school semester:


At the first week:
user posted image

At the second week:
user posted image

Before the mid-term test:
user posted image

During the mid-term test:
user posted image

After the mid-term test:
user posted image

Before the final exam:
user posted image

Once know the final exam schedule:
user posted image

7 days before final exam:
user posted image

6 days before final exam:
user posted image

5 days before final exam:
user posted image

4 days before final exam:
user posted image

3 days before final exam:
user posted image

2 days before final exam:
user posted image

1 day before final exam:
user posted image

A night before final exam:
user posted image

1 hour before final exam:
user posted image

During the final exam:
user posted image

Once walk out from the exam hall:
user posted image

After the final exam, during the holiday:
user posted image
.....................................................??????

Erti Tangisan Wanita...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa ibu menangis?”

“Kerana aku seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.

“Aku tidak mengerti”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan kau tak akan pernah mengerti”

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?”

“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis .

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, “Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis ?”

Allah berfirman:


“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ”


“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “


“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”


“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”


“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan..”


“Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”


“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.”


"Malaikatmu...."

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Aku,Kau Berbeza...... Aku, Kau Istimewa....

Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya..
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki tang belum baligh..
Beratkan??
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. Beratkan?
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isrei tanpa izinnya.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (sekadar kajian).
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu, kena jadi perempuan. Bagitulah kira-kiranya.
Wanita
  • Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Saksinya kurang berbanding lelaki.
  • Menerima pusaka kurang daripada lelaki.
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tiada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripadanya bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki perlu menggunakan harta pusakanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di muka bumi ini dan matinya jika kerana malahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun Allah (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita:

  1. Ibunya
  2. Ayahnya
  3. Anak lelakinya
  4. Saudara lelakinya

Seoarang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja:

  1. Sembahyang lima waktu
  2. Puasa di bulan Ramadhan
  3. Mentaati suami
  4. Menjaga kehormatannya

Seoarang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya-Allah! Sayangnya Allah pada wanita...

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa disisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu Dia mengangkat kamu menjadi pemimpin. Dengan keistimewaan itu, HARGAILAH dan JAGALAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah SWT dalam keadaan istimewa di sisi Nya..

SELAMAT MEMBACA..

Tuesday, October 13, 2009

present IP...

jumaat ni aq akan present projek ip yang telah dibincangkan lebih sebulan yg lalu...
nerves la plak...yela...hari last present..suma kena hadir lak...kalu kene hari2 awal atau hari khamis ke leh la tahan...ni kene hari last....
hmmmmm....
xpe2...
yang lain leh wt...nape aq xleh kan???

Monday, October 5, 2009

Untuk renungan sekalian...

Assalamualaikum...
lama rasanya xjenguk blog ni...Di kesempatan ini, aq ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian.. mengenai suatu artikel yang aq perolehi dari seorang teman..

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan... Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih..

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz...” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

Apa benda nih detik hati Nabil.

Bismillahirrahmaanirrahim..ALL...MAA... RIII..!! berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak.. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : Auzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. kedengar suara gemersik Ustaz Sa ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Saad.


Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. penutup Ustaz Sa ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa
ad tiba.. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Renungkan sejenak mengenai Hadith di bawah..:

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat..'




wasalam...

Monday, September 28, 2009

syawal datang lagi...

Salam buat suma...jom tgk apa yg berlaku sebelum,semasa dan selepas hari rayaku ini...Hahaha..


sebelum hari raya,iaitu hari sabtu...

buluh yang dibeli untuk buat lemang...
hmm..ni la yg dia wt masa cuti...MAIN GAME!!!
ni la kalo suka berjaga malam...bangun pun belum...hehe
daging untuk wt rendang..
pak lang dan pak uda tengah menyalakan bara untuk bakar lemang...
sepupu2ku sedang bermain bunga api...biasa la..budak2...


Pagi Raya, Hari Ahad
akan bersambung.....

Friday, September 11, 2009

My Fav Anime Dis Tyme...

Baru-baru ni aq ada membaca komik mengenai 07-Ghost. Cerita ini telah diilustrasikan oleh Yuki Amemiya dan Yukino Ichihara. Pada masa skg ni, komik mengenai cerita ini masih dalam proses dan di http://www.onemanga.com/ baru saja memasuki bab 51b mana kala untuk animasi pula baru saja memasuki episod yang ke 23. Cerita animasi ni boleh didapati di http://www.anime-eden.com/. Kepada peminat komik dan anime, selamat menonton...Dan sekiranya anda mempunyai cerita2 animasi ataupun komik2 yang menarik, sila2 la kongsi bersama ye....
Sayonara ....

Monday, September 7, 2009

bila diri hilang keupayaan....


Isnin, 07/09/09..

hari ni masuk la hari ke2 aq xsihat...sengsaranya...hanya Tuhan yang tahu...
nak wt apa pun xboleh...esoknya plak dh exam...report pun xsiap lagi....
study pun belum....hmmmm....
ini adalah ujiannya...
ada Hikmahnya.....


Friday, August 14, 2009

hai...hai...hai....


assalamualaikum suma....
apa khabar???
ni aq ada satu benda nak heboh2 kan kat korang suma...
pesta konvo dah mula kat UKM ni...
aq harap mana2 yang ada kesempatan, yang tiggal dekat2 ni datang la ye...pelbagai barang2 menarik ada djual....
hehehehe...
sebenarnya aq nak bg tau benda lain la....
aq dapat main gamelan pada hari konvo nnt....
besh....besh,.....besh.....
beshhhhhhhhhhhhhhhh....sgt2....
dapat tgk orang konvo...
rasa xsabar plak nak konvo....
haihhhhh.....
tak main lagi...tp dh brangan yang mcm2.....
ishh...ishhhh
hehehe...
w/pon aq hanya dapat main untuk satu slot sj...iaitu hari ahad petng....tp aq tetap rasa beshhhhh......harap2...aq dapat wt yang terbaik,.....hihihihi

Monday, August 10, 2009






Assalamualaikum bg yang melayari blogku ini...dh lama rasanya aq xmenulis kat cni...entah la...mgkin xde mood...mgkin kerja ku banyak....
Buat pembaca sekalian...
kita masih ada 2 mggu lagi sebelum melangkahnya ke bulan yang penuh rahmat dari Ilahi iaitu bulan Ramadan..Rasa kejap je dh nak masuk bulan puasa...aq rasa macam baru sj lagi aq menyambut puasa di Ukm ni...Dan aq rasa macam baru je aq melangkah ke UKM ni...tapi hakikatnya dh hampir dua tahun aq berada di tanah rantau ini...
sebelum ini walaupun aq berada di matrik...tapi rasanya xsama seperti berada di tanah rantau ini...jauh dari orang2 yang sentiasa sayangkan aq...yang sentiasa nasihatkan aq...yang sentiasa marah2kan aq...kadang2 aq rasa rindu dengan keadaan itu...Kini aq bagaikan masih dapat merasa masa 6-7tahun yang lepas...betapa aq rindukan saat2 itu....tapi aq perlu sedar...aq bukan selama-lamanya akan kekal sebagai kanak2, bukan selama lamanya kekal sebagai remaja...suatu masa nanti aq akan menjadi seorg wanita, yang ada kerjaya, yang ada keluarga, dan tanggungjawab yang tersendiri sebagai mana yang mak dan ayah aq lalui skg ni...

kadang kala aq rasa takut untuk meghadapi hari2 tersebut. memikirkan bagaimana keadaanku nnt...

kadang2 aq ingin menjadi kanak2 semula...xde maslah yang perlu dpikirkan...tapi itu semua mustahil...aq akan menjadi dewasa suatu hari nnt...mebina impian yang aq sendiri pun xtahu...hihi...

tapi hanya satu je 'mimpi'ku.....memiliki sebuah keluarga...

bagi diriku....keluarga adalah segalanya...tanpa keluarga, tanpa kasih sayang dari keluarga, aq xmungkin mampu menjadi seperti mana diriku kini...

kepada mak dan ayah...terima kasih krn membesarkan along...slalu marah2 along dulu....dulu along slalu merungut kalo mak atau ayah marah...tp kini along sedar ada sebbnya knp bila mak ngan ayah buat begitu...

kepada adik2 ku...iaitu soleh ngan fuad....akak harap korang menjadi insan yang berbakti kpd ibubapa,masyarakat...dan yang paling penting skali...jangan sesekali lupa asal usul...sbb ini lah yang ayah pesan kat akk...''walau tinggi mana pun kita, jangan sesekli lupa asal usul''....sbb kita bukan selama lamanya akan hidup menongkat dunia...dan kita juga bukannya hidup sorg diri di atas muka bumi ALLAH ini...kita hidup bersama tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita...

Semoga ALLAH merahmati keluargaku yang jauh disna....

Tuesday, July 21, 2009

Hmmmmm....Knp la cmni plak???


jam menunjukkan pukul 12.42 a.m...
tapi mata ni masih xngantuk2 lg...
nsb baik la kelas esok kul 12.00 tgh hari..
hihihi..
leh la tdoq lambat sket...
tp kalo kat bilik ja mst susah nak study..
entah la....
tp kalo p bilik kwn--->>>(bilik munirah&ada)..leh la plak study..
tp...xkan la nak duk bilik org 24 hours plak...
xmanis la....
kalo kat bilik je mst liat nak blajar.....
ish..ish..ish...
teruk betul la.....(kata kt diri sndiri)
mgkin kat bilik xada aura untuk blajar kot..
tp kalo duk kat luar...selain kat bilik la..leh la study...
aq rasa aq kn slalu duk luar...jgn duk bilik slalu...bilik ku hanya untuk tdoq sj...
mgkin la....

Monday, July 13, 2009

alhamdulillah...

abis sudah satu hari aq berpuasa...
skg ni tgh kekenyangan...

hihihihihi....

mkan nasi goreng dari 'food cot' baru kris mas...

haaa..pasal 'food cot' baru ni...memg aq sgt22 la berpuas hati...service yg diberikan tidak la menyedihkan...makanan plak bagus2 la..w/pon xbanyak mkn lg yg djualnya...kira lawa la...

hari ni plak...

ramai student baru masuk kolej...ada jgk la yg lama yg baru daftar hari ni...
aras bawah, tmpat yg aq duduk skg ni pun dh hampir penuh..sebelum ni hanya da 22 org shj..skg ni dh hampir 30 org...cuma aras bawah ni xde india..cina ngan melayu da la..dn majoriti tahun 1...
sebelah bilik aq ni tahun 1...tp xpenah pun bertegur sapa...dia tgk aq..aq tgk dia balik...hihihi..

kereta kancil aq plak...masih di 'tmpat vip'..cuma aq la yg malas nk basuh..bukannya aq xda keinginan nak basuh...cuma..bila aq nak basuh ja mst ada bnd lain yg dtg..pas2 kain buruk yg aq slalu guna 2 plak dh hilang...kena la beli yg baru plak....(kain buruk pun beli...slalunya org guna yg dh xpakai)....nk wt cmna...aq xd kain yg boleh dikategorikan yg xnak digunakan...jd kena la aq beli...hehehe..

Thursday, July 9, 2009

tensyen!!!!!!!!!!!!!! dan merugikan aqqqq.....

kenapa la ngan laptop aq ni...dh 2 kali aq format..tapi masih jgk teruk..org yg format laptop aq ni xreti format kot...huaaaaaaaaa...

dulu elok je...skg ni...dh xok...laptop aq xd pertahanan langsung...semalam aq install kiv...dn ada virus yg xleh nak delete plak....pas2 sound plak..memula lepas on laptop ada la..pas2 kang japg dh xdengar sore plak...bila restart or off laptop n on balik baru berfungsi....tapi 2 pun kejap je....

adessssssssssssssssssssssssssss...............

nak kna format lg skali la ni...merugikan duit je...dh RM60 aq habiskan..tapi sia-sia sj.....generic hosr kat laptop ni pun dh kena virus....pas2 laptop aq ni plak xd icon nak defrag...xtau la cmne keadaan fail2 aq skg ni...tentu dh berterabur sna ni....

semak...semak....semak.....pala otak aq pun dh semak jgk ni...

Wednesday, June 24, 2009

..hooorayyy...

alhamdullilah...akhirnya pagi ni selamat jugak aq sampai kerumah ku...huahuahua...--->poyo je..

hehehe...apa aq nk wt ye cuti yg hanya lebih kurang 2 mggu ni?????
duk umah je kot...melepaskan rindu kat umah...hehehe..
xde plan lagi...mgkin kuar jgk kot..tapi xtau lg bila....

Wednesday, June 17, 2009

esok present...

huhhh..

esok dh present...harap2 sumanya berjalan ngan lancar...part 1 dh siap..
tggal nk present je...
3d pun aq xwt...hihihihihi..ok la...chow....

Xiah Junsu Ft. Zhang Li Yin - Timeless

Sunday, June 14, 2009

akhirnya...huahuahua..

akhirnya siap jugak lab report aq..hihihi..
esok dh leh hantar...lab pun dh abis...tapi............
ada satu projek lagi yg belum siap...autocad.....adessss...
semput dengar.....
sbb nk wt 3D...susah la....
guna solid work ok la kot.....(xpenah cuba pun)......
xpe2....iso dh siap..tggal 3D je yg belum siap.....
dnt gve up...
aja-aja...
hihihi.....

DBSK - Proud




DBSK widget by 6L & Daxii

Thursday, June 11, 2009

hari ni...

peningnyaa kepala ni...
japg kul 3 nk ke ptsl plak...
bincang pasal projek autocad...due datenya 17 ni...
hmmmm....
hari ni xjadi la plak nak balik kampung..
xpe...esok masih ada lagi...hihihihi..
skg ni ngah..
lapar...
ngantuk..
penat...
sakit kepala...
dn xde lg dh......