Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripadanya bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki perlu menggunakan harta pusakanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di muka bumi ini dan matinya jika kerana malahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun Allah (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita: Seoarang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja: Seoarang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Masya-Allah! Sayangnya Allah pada wanita... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa disisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu Dia mengangkat kamu menjadi pemimpin. Dengan keistimewaan itu, HARGAILAH dan JAGALAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah SWT dalam keadaan istimewa di sisi Nya.. SELAMAT MEMBACA..
SENARAI GRADUAN SESI 2016
8 years ago
0 comments:
Post a Comment